2020525

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, February 28, 2013

Video kejam: Awek penyek arnab hidup-hidup

Memang betul-betul sakit otak. Haiwan yang sebegitu comel sanggup dibunuh dengan kejam. Motifnya hanya sekadar suka-suka. Sekumpulan gadis gila ini hanya tersenyum dan bergelak-ketawa melihat nasib arnab yang dipenyekkan hidup-hidup. Video ini begitu begitu popular di YouTube sekitar tahun 2010 - 2011 namun telah dibuang kerana berunsur penganiayaan serta tidak sesuai menjadi tontonan umum. Selepas video ini tersebar, pelbagai pihak tampil membuat...

Makhluk misteri terdampar di pantai

Seekor makhluk misteri yang mempunyai wajah seakan kuda, badan seakan babi, dan cakar seakan beruang dihanyutkan ke pantai Sout Wales. Bangkai tanpa bulu tersebut ditemui terdampar di pantai yang terletak Tenby oleh Peter Bailey ketika bersiar-siar bersama anjingnya. Peter, 27, kemudiannya mengambil gambar haiwan tersebut dan menghantarnya kepada penguatkuasa tempatan. Jurucakap mendakwa, bangkai tersebut adalah milik seekor anjing dari...

Pura-pura mengandung bagi mendapat tempat duduk dalam tren

Seorang wanita Beijing yang berpura-pura mengandung bagi mendapat tempat duduk di dalam tren menimbulkan kemarahan ramai. Peliknya, dia sendiri mengecam syarikat pembekal peralatan silikon perut palsu tersebut kerana membuatkan temberangnya pecah. Antara contoh perut palsu yang dijual di Internet Wanita yang cuba meraih simpati dengan memakai perut palsu bagi mendapatkan tempat duduk di dalam tren yang sesak tersebut, pecah temberang apabila...

Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati

Selepas kekecohan yang berlaku di wilayah Kyaukphyu, Myanmar tidak beberapa lama dahulu, seorang jurugambar telah menziarahi kawasan tersebut. Apa yang ditemuinya benar-benar menyedihkan. Jurugambar yang dikenali sebagai Minzayar ini telah mengambil gambar dimana seekor anak anjing tidak mahu berganjak dari sisi ibunya yang telah mati. Ketika saya berjalan di kawasan perkampungan yang terbakar, saya terlihat sesuatu yang amat menyentuh perasaan....

Wednesday, February 27, 2013

Anjing polis membawa pistol di Thailand

Seekor anjing dari pasukan polis Thailand diberikan pistol seperti seorang anggota polis sebenar. Semenjak gambar-gambar ini tersebar, perkara tersebut menjadi persoalan apakah motif sebenarnya. Gambar ini telah ditangkap di kawasan hotel di sekitar Pattaya iaitu salah sebuah kawasan pelancongan terkenal di Thailand. Jika ianya bertujuan sebagai langkah keselamatan, tindakan tersebut adalah wajar kerana senjata api lebih selamat berada pada...

Tempat duduk basikal patah tertikam kanak-kanak

Seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan untuk hari pertama persekolahannya ketika musim bunga ditimpa malang apabila punggungnya tertikam oleh basikal yang dinaiki. Ketika kejadian yang berlaku di wilayah Jiangsu, China, ini, kanak-kanak tersebut dipercayai sedang mengayuh basikal untuk menuju ke sekolah sebelum tempat duduknya patah dan terjatuh. Akibatnya dia tersungkur dan batang besi tersebut menikam punggungnya. Anggota bomba terpaksa...

Video: Ketulan rambut ditemui di dalam perut seorang gadis China

Seorang gadis berusia sepuluh tahun yang dikenali sebagai Niu Niu dari wilayah Jiangsu mengejutkan doktor setelah mereka menemui ketulan rambut berukuran 9cm berada di dalam perutnya. Niu Niu dilaporkan mempunyai tabiat mengunyah dan memakan rambutnya sendiri sejak berumur dua tahun. Ibu bapanya mula mengetahui tabiat buruk Niu Niu ketika dia muntah-muntah dan kurang selera makan. ...

Video: Kacang walnut palsu dari China

Sekilas pandang, kacang walnut ini kelihatan biasa. Namun apabila dipecahkan, pembeli terkejut setelah menemui batu di dalam kacang tersebut. Ianya bukanlah suatu misteri tetapi merupakan salah satu skandal makanan palsu terbaru dari China. Penjualan kacang walnut palsu semakin berleluasa di China. Terdapat sebuah video popular di YouTube yang menerangkan bagaimana untuk mengenalpasti kacang walnut palsu dan cara pembuatannya. Berdasarkan...

Tuesday, February 26, 2013

Video lucu: Lelaki tidak berpakaian terkunci di luar bilik hotel

Adegan sebegini mungkin pernah disaksikan dalam salah sebuah sketsa kesukaan ramai, Mr. Bean. Namun kali ini ianya benar-benar terjadi. Seorang lelaki yang langsung tidak berpakaian telah terkunci di hadapan pintu bilik hotelnya selepas meletakkan pinggan yang telah digunakan di situ. Lebih memalukan, dia terpaksa berlegar dengan keadaan sebegitu untuk mendapatkan pertolongan di kaunter penyambut tetamu. Kamera CCTV yang terpasang di setiap...

Video: Lelaki lindungi kereta dari ditimpa hujan batu

Tanpa menghiraukan keselamatan diri, seorang lelaki memutuskan untuk memanjat ke bumbung bagi melindungi keretanya dari dihentam hujan batu yang melanda di Mar del Plata, Argentina. Kelakuannya yang menyapu dan menghalang ketulan ais dari terjatuh ke atas kereta kesayangannya seakan sedang berenang. Mungkin tidak ramai yang sanggup untuk melakukan perbuatan sebegitu kerana ianya berisiko dan mampu mengundang kecederaan. ...

Buka kelas cara guna Lightsaber Star Wars

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Dua orang peminat filem Star Wars membuka kelas kepada orang ramai cara untuk menggunakan pedang bercahaya 'Lightsaber' dengan selamat. Dua peminat itu, Alain Bloch and Matthew Carauddo membuka kelas itu pada tahun 2011. Mereka mengajar para pelajar tentang cara untuk membuat gerakan koreografi dengan menggunakan pedang itu. Bayaran sebanyak AS$10 (RM30.99) dikenakan kepada pelajar untuk tempoh tiga jam. Semua...

Budak 12 tahun bunuh dan bakar wanita 66 tahun

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah membunuh dan membakar wanita tua berusia 66 di Guizhou, China, dengan tujuan untuk mencuri sekotak penuh dadih. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jiao tersebut telah menyerang mangsa dengan menggunakan batu, kemudian membunuh dan membakar tubuh mangsa bagi menghapuskan bukti. Jiao mengaku bersalah setelah polis menemui kesan darah di pakaiannya. gambar hiasan Mangsa dikenal pasti seorang wanita...

Monday, February 25, 2013

Dinding Aku Cinta Padamu di Paris

Dinding 'Aku Cinta Padamu' ini terletak di pusat taman Abbesses di Montmartre, Paris. Ianya berkeluasan 40 meter persegi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 612 keping jubin yang digunakan. Perkataan 'Aku Cinta Padamu' ini ditulis lebih dari seribu kali dengan lebih 300 bahasa yang berbeza termasuklah bahasa melayu. Dinding ini dihasilkan oleh dua pengkarya iaitu Frederic Baron dan Claire Kito. Ianya dijadikan tempat pertemuan pasangan bercinta...

Kisah sedih bayi Makhluk Asing yang enggan diterima ibunya

Bayi malang yang tidak dinamakan ini mempunyai penyakit kepala membesar seakan makhluk asing. Berat kepalanya sahaja mencecah 2.15kg. Berdasarkan Dr. Hiren Thumer, terdapat permasalahan dimana air terkumpul di bahagian kepala bayi tersebut. "Kepalanya membengkak seperti belon kerana air terkumpul di bahagian otaknya sehinggakan dia kelihatan tidak sama seperti bayi biasa. Kebiasaannya, kelahiran sebegini amat jarang berlaku iaitu satu dari...

Payung tertikam di muka

Akibat mabuk, Jessica Yates, 22, telah terjatuh di bilik hotelnya. Namun apa yang lebih menyakitkan ialah, sebatang payung telah tertusuk di mukanya. Dalam keadaan separuh sedar, dia sebenarnya telah terjatuh ke atas payung yang terbuka menyebabkan salah satu dari bucu payung tersebut menusuk berdekatan hidungnya. Besi tajam tersebut telah menikam di bahagian gusi. Ketika anggota paramedik tiba, keseluruhan payung itu masih tergantung pada...

Misteri wanita lahirkan anak kembar buaya

Sinjai: Penduduk di daerah ini di Sulawesi Selatan heboh dengan kelahiran bayi lelaki yang mempunyai kembar seekor buaya. Penduduk Sinjai dan kawasan bersebelahan berpusu-pusu mengunjungi rumah wanita bernama Huda, 40, untuk melihat kejadian aneh itu. Anak buaya itu diletakkan di dalam besen berhampiran bayi berkenaan. Ketika diwawancara wartawan, Huda mengaku mengalami kelainan ketika hamil kali ini, berbanding dengan sebelumnya. Menurutnya,...

Sunday, February 24, 2013

Video: Mesin yang benar-benar mesra pengguna di Jepun

Pengangkutan awam yang sering menjadi pilihan di Jepun ialah kereta api. Bagi memudahkan perjalanan, mereka menyediakan mesin penjualan tiket secara layan diri. Namun apa yang menjadi masalah di sini ialah, segala panduan dan arahan adalah dalam bahasa tempatan. Sudah pastilah ianya menyukarkan pelancong asing. Tetapi tidak perlu khuatir, butang HELP yang disediakan pada mesin tersebut benar-benar membantu. Apabila ditekan, seorang operator akan...

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Seorang ibu yang menghantar mesej teks bersama gambar anaknya yang dibaluti pita pelekat menegaskan dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Tiffany Ennis, 31, dari Sandusky, Ohio, tidak mengaku salah atas dua pertuduhan membahayakan kanak-kanak. Ennis didakwa membaluti pita pelekat disekitar dahi, mata, dan mulut anaknya yang berusia lapan tahun. Gambar itu dihantar kepada ayah kanak-kanak tersebut, Rudy Yado, yang kemudiannya membuat laporan...

Siasat mayat wanita Malaysia dalam simen

Bandar Seri Begawan: Polis Brunei, semalam melancarkan siasatan terhadap kematian seorang wanita Malaysia yang mayatnya ditemui dalam blok simen di perkarangan rumah seorang rakannya, kematian ngeri terbaru yang mengejutkan di negara itu. Voon Su Ching, 39, dilapor hilang suaminya pada 13 Februari selepas tidak pulang selepas keluar membeli kek untuk hari jadi anaknya. Polis menemui mayatnya lima hari kemudian di rumah rakannya yang meminta...

9 dituduh jual buah pinggang

Beijing: Sembilan orang semalam dituduh menjual buah pinggang masing-masing di pasaran gelap dan merekrut orang lain untuk bertindak sama. Mereka yang semuanya berusia 30-an, mencari orang yang ingin berbuat demikian menerusi Internet dan memujuk mereka menjual organ itu di bandar raya Hangzhou, China. Rangkaian penyeludupan buah pinggang itu didakwa merekrut seramai 38 orang sejak November 2011 yang telah menjual organ masing-masing sebelum...

Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara

Het Arresthuis merupakan hotel mewah yang baru dibuka di Belanda. Pada asalnya, bangunan hotel ini adalah penjara yang beroperasi antara tahun 1863 sehingga 2007. Ianya menempatkan 150 lokap yang kini diubahsuai menjadi 36 bilik mewah dan 7 suites termasuklah 4 suites istimewa yang dikenali sebagai The Director, The Jailer, The Lawyer, dan The Judge. Kesemuanya dilengkapi dengan perabut moden dan mempunyai rekaan dalaman yang amat menarik. Pelbagai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...