Sunday, March 10, 2013

Kek pelik kelihatan seakan bayi

London: Bagaimana dengan kek hari jadi ini? Tukang masak kini meraikan keajaiban hidup dengan membuat kek berupa bayi yang baru dilahirkan.

Kek pelik kelihatan seakan bayi

Rekaan aneh itu kelihatan seolah-olah hidup termasuk bayi yang masih mempunyai tali pusat melekat pada tubuhnya. 

Kek pelik kelihatan seakan bayi

Sebilah gunting yang dibuat daripada gula aising melengkapkan hadiah selamat datang ke dunia yang cukup pelik itu. 

Kek pelik kelihatan seakan bayi

Sebiji kek menunjukkan kepala, lengan dan kaki muncul dari kek berbentuk glob bumi yang dihias dengan corak bunga.

Kek pelik kelihatan seakan bayi

Manakala kek lain menunjukkan seorang bayi yang bogel meniarap sambil menghisap puting.

Kek pelik kelihatan seakan bayi

Satu lagi rekaan agak menakutkan apabila menunjukkan dua kepala bayi bercantum dengan mata putih tersembul. Hidangan kek berkenaan dibuat bagi menyambut kehadiran insan cilik yang baru lahir. 

Kek pelik kelihatan seakan bayi

Bagaimanapun, mungkin terdapat anggota keluarga yang tidak tergamak untuk memotong kek berupa bayi seakan-akan hidup itu.

Kek pelik kelihatan seakan bayi

Satu rekaan yang mungkin boleh dimakan ialah buah tembikai berbentuk bakul yang diisi dengan pelbagai jenis buah-buahan kelihatan seolah-olah seperti bayi di dalam kereta sorong. 

sumber- The Sun

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...