Sunday, March 10, 2013

Tikus menyerang ular berbisa untuk selamatkan rakan

Seekor tikus telah menyerang ular berbisa dalam cubaan untuk membebaskan rakannya di sebuah zoo yang terletak di China.

Tikus menyerang ular berbisa untuk selamatkan rakan

Dua ekor tikus dihidangkan sebagai makanan hidup di Zoo Hangzhou di wilayah Zhejiang, China.

Wen Shao yang bekerja sebagai penjaga zoo tersebut berkata, "Kami sering memberikan ular-ular di sini dengan makanan hidup. Kebiasaannya tikus-tikus ini akan cuba menyorok, namun kali ini seekor tikus cuba menyerang ular tersebut selepas melihat ia cuba memakan rakannya.

"Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Kebiasaannya tikus akan menjauhi diri dari menjadi mangsa, namun tikus tersebut cuba mencederakan ular ini semampu mungkin.

"Ia telah menggigit kepala ular yang cuba memakan rakannya."


Tambahnya, tikus tersebut mungkin berhak untuk dibiarkan hidup selepas berlawan bermati-matian.

"Dalam mana-mana kes, ianya tidak membawa sebarang kebaikan kepada ular tersebut kerana tikus ini telah memberikan kecederaan serius dengan menggigit kepalanya."

Malangnya, bukan sahaja rakannya yang tidak berjaya diselamatkan, malah tikus yang berani tersebut turut terkorban dalam pergelutan dengan ular yang dicederakannya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...