Sunday, March 10, 2013

Pencuri telefon hantar gambar sedang hisap ganja ke Facebook mangsa

Seorang pencuri sengaja mencari nahas apabila tersilap langkah menghantar gambarnya sedang menghisap ganja ke laman Facebook mangsanya. 

Berdasarkan polis, pencuri yang tidak dikenali ini telah merompak telefon bimbit milik seorang wanita pada Sabtu, 2 March yang lalu berdekatan Tremont Avenue dan Grand Concourse kira-kira pada pukul 3 pagi. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

hisap ganja

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa yang berusia 27 tahun masuk ke laman Facebooknya dan terkejut melihat gambar lelaki yang telah merompaknya berada di situ. Gambar tersebut menunjukkan suspek dalam keadaan khayal sedang menghisap ganja.

Suspek tidak tahu bahawa telefon tersebut disambungkan terus ke akaun Facebook mangsa dan segala gambar dihantar secara automatik.

Walaupun identiti sebenar suspek masih belum terbongkar sepenuhnya, polis berkata kali terakhir suspek dilihat memakai topi biru, kasut biru, dan jaket oren.

Kes yang sama telah banyak berlaku sebelum ini dimana penjenayah mendedahkan identiti sendiri di media sosial secara tidak sengaja.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...