Friday, September 7, 2012

Julia Perez dikecam hina Islam

Julia Perez

Pelakon dan penyanyi sensasi, Julia Perez (Jupe) kembali menjadi bualan hangat apabila dia telah membuat tatu di badannya, dimana tatu tersebut dicacah dalam bahasa Arab yang bertulis 'Hayya'alalfalah'.

Julia Perez

Tindakkan Jupe tersebut telah mengundang kemarahan para ulama-ulama Islam di Indonesia. Majlis Ulama Indonesia turut mengecam tindakkan Jupe itu yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap agama Islam.

Dr. Saleh Partaonan selaku Ketua Umum PP Pemuda Muhammadiyah, mahu masyarakat memandang serius perkara ini dan meminta mereka untuk memulaukan Jupe.

Julia Perez

"Saya lihat tindakkan Jupe itu adalah dibuat dengan sengaja. Saya minta masyarakat memulaukan Jupe iaitu dengan tidak lagi menawarkannya kerja. Tindakkan Jupe itu seperti orang tidak berpelajaran. Jadi saya mohon penerbit-penerbit tidak mengambilnya untuk apa-apa rancangan mereka, ramai lagi artis yang bagus dan berpendidikan," katanya kepada KapanLagi.

Tambah Saleh lagi, sebagai public figure, dia tidak sepatutnya menunjukkan contoh yang tidak baik.

"Setiap penampilannya, dia sentiasa menampilkan sensasi murahan. Apa yang dilakukan Jupe tidak ada yang positifnya,"ujarnya.

sumber- Cinema Online

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...