Wednesday, July 11, 2012

10 individu terkaya di dunia 2012

Kekayaan dan perniagaan yang dibangunkan mampu melonjakkan nama seseorang sebagai tokoh. Tambahan pula, wajah-wajah mereka sering dipaparkan di muka depan majalah secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai idol. Berdasarkan Majalah Forbes, senarai 10 jutawan terkaya pada tahun 2012 adalah seperti berikut:


carlos slim helu 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Carlos Slim Helu
1. Carlos Slim Helu (lahir 28 Januari 1940), adalah seorang jurutera, usahawan dan dermawan dari Mexico. Dia terlibat dalam industri telekomunikasi. Rangkaian industri telekomunikasinya meliputi negara Mexico dan sebahagian besar Amerika Latin. Dia menguasai telefonos de México (Telmex), Telcel dan syarikat América Móvil. Anaknya Carlos, Marco Antonio dan Patrick Slim Domit menjadi ketua syarikat perniagaannya kini.Kekayaannya di anggarkan berjumlah US$ 69 bilion.


billgates 300x200 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Bill Gates
2. William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, ialah ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia. Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali. Hartanya telah mencecah US$ 61 bilion.


warren buffett1 300x200 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Warren Edward Buffett
3. Warren Edward Buffett (lahir 30 Ogos 1930 di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat) ialah seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway. Nilai bersih hartanya dikatakan US$ 44 bilion.






Bernard Arnault Quotes 300x203 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Bernard Arnault 
4. Bernard Arnault (lahir 5 March 1949) adalah orang terkaya dari Perancis. Pengerusi dan C.E.O kepada syarikat LVMH. Beliau juga merupakan pengerusi kepada syarikat Christian Dior SA. Nilai perkiraan kekayaan bersihnya ialah US$ 41 bilion.


Amancio Ortega Zara1 300x215 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Amancio Ortega Gaona
5. Jika sebelum ini kita menyangka kebanyakan individu terkaya mempunyai bisnes yang tiada kaitan dengan fesyen, berbeza pula dengan Amancio Ortega Gaona. Anak kelahiran Sepanyol yang lahir pada 28 Mac 1936 ini, dikenali sebagai ‘pemilik butik fesyen terkaya dunia’, yang dikenali sebagai Zara. Butik Zara kini sudah mempunyai lebih 14 ribu pekerja, dan mempunyai cawangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Usia beliau yang hampir mencecah 80 tahun langsung tidak menghalangnya, daripada terus mendominasi industri fesyen dan bisnes yang lain. Hartanya dilaporkan bernilai US$ 37,5 bilion.


larry ellison 300x225 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Larry Ellison
6. Seorang tokoh bisnes terkemuka di Amerika, Larry Ellison atau nama penuhnya Lawrence Joseph “Larry” Ellison merupakan pengasas dan ketua eksekutif syarikat Oracle Corporation, iaitu sebuah syarikat yang mencipta perisian komputer. Bilionair yang lahir pada 17 Ogos 1944 ini juga merupakan salah seorang individu, yang gagal ketika melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun atas kepercayaan yang tinggi terhadap peluang bisnes yang diceburi, catatan Forbes menunjukkan beliau kini merupakan individu bilionair kelima terkaya di dunia. Kekayaan yang dilaporkan ialah US$ 36 bilion.


eike batista 300x191 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Eike Batista
7. Eike Fuhrken Batista da Silva, atau lebih dikenali sebagai Eike Batista, merupakan usahawan tegar kelahiran Brazil. Beliau lahir pada 3 November 1956 di Brazil, namun zaman kanak-kanak beliau lebih banyak dihabiskan dalam negara-negara Eropah seperti Jerman. Sehingga kini, Eike Batista mempunyai pelbagai bisnes, termasuklah perlombongan. Ini kerana ayah beliau, Eliezer Batista da Silva, merupakan bekas seorang pegawai tinggi syarikat perlombongan Vale S.A. Individu yang kini berusia 54 tahun ini kini memiliki aset sebanyak US$ 30 bilion. Antara sektor bisnes beliau yang aktif sehingga hari ini, adalah perlombongan dan minyak.


stefan persson 300x197 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Stefan Persson
8. Stefan Persson pengasas Swedia berusia 64 tahun ini jumlah kekayaannya mencapai angka US$ 26 bilion. Perniagaan yang membolehkan beliau disenaraikan di sini adalah H&M, perusahaan dalam bidang fesyen.


li ka shing 300x210 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Li Ka-shing
9. Li Ka-shing adalah jutawan yang terkaya dari Hong Kong. Li (dilahirkan pada 1928) di Chiu Chow, sebuah kota pantai di sebelah tenggara China. Pada 1940, beliau telah menyeberang ke Hong Kong bersama seluruh keluarganya untuk menjauhi peperangan. Kini, beliau mengusahakan pelbagai jenis perniagaan yang begitu menguntungkan. Jumlah anggaran kekayaannya ialah US$ 25,5 bilion.


Karl Albrecht Biography 300x225 10 Orang Terkaya di Dunia Tahun 2012
Karl Hans Albrecht
10. Karl Hans Albrecht (lahir 1920) adalah seorang ahli perniagaan Jerman yang mengusahakan supermarket bercawangan  iaitu Aldi bersama saudaranya Theo Albrecht. Jumlah kekayaannya ialah US$ 25,4 bilion.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...