Wednesday, July 11, 2012

Amazing Spider-Man Ungguli Box Office Amerika

spiderman wallpaper
Poster filem The Amazing Spider-Man
LOS ANGELES: "The Amazing Spider-Man" mengungguli carta box office Amerika Utara hujung minggu lalu - menewaskan filem komedi beruang kecil "Ted".

Filem terbaru Spider-Man itu yang kini dibintangi oleh Andrew Garfield dan Emma Stone - berjaya mengutip AS$62 juta dari Jumaat hingga Ahad lalu, demikian menurut pemantau box office, Exhibitor Relations.

"Ted," menduduki tempat kedua dengan kutipan sebanyak AS$32.2 juta .

"Brave," sebuah filem 3D keluaran Pixar mengenai seorang puteri Scottish yang cuba menyelamatkan ibunya daripada bomoh jahat berada di tangga yang ketiga dengan kutipan jualan tiket sebanyak AS$19.6 juta.

Filem arahan pengarah terkenal Oliver Stone berjudul "Savages" - yang mengenegahkan Salma Hayek sebagai ketua kartel dadah Mexico membuka tirai dengan menduduki tangga keempat dengan kutipan sebanyak AS$16 juta.

Filem kontroversi "Magic Mike," yang dibintangi oleh Channing Tatum dan Matthew McConaughey sebagai penari bogel lelaki berada di tangga kelima dengan kutipan AS$15.6 juta.



"Madea's Witness Protection" menduduki tangga keenam dengan AS$10.2 juta jualan tiket dan siri animasi popular "Madagascar 3: Europe's Most Wanted" jatuh di tangga ketujuh dengan kutipan sekitar AS$7.5 juta.

Filem "Katy Perry: Part of Me" yang mengisahkan tentang kehidupan penyanyi terkenal itu di dalam dan di luar pentas - bermula lembab dengan hanya mampu menduduki tempat kelapan dengan kutipan sebanyak AS$7.1 juta sahaja.

sumber- mstar

2 comments:

  1. best gilerr cita ni... best de cita spiderman yg dulu2 tu..... nak g tgk lg...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...