Thursday, August 16, 2012

Anak Yatim Jadi Inspirasi Hidup Aizat

Aizat
Aizat
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Aizat Amdan menganggap anak-anak yatim adalah golongan istimewa dan individu yang paling tabah mengharungi hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Aizat berkata, tidak semua manusia mampu menjalani kehidupan tanpa ibu dan bapa di sisi pada usia muda apatah lagi setiap kali menyambut Hari Raya.

"Saya begitu seronok dapat bersama anak-anak yatim kerana mereka adalah antara insan yang tabah dalam mengharungi kehidupan tanpa kehadiran ibu dan bapa.

"Setiap tahun saya akan cuba meluangkan masa mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama mereka dan Alhamdulillahlah ini adalah tahun keempat pihak Kasi Gegar Entertainment menganjurkan program seperti ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam majlis berbuka puasa dan solat Maghrib yang diadakan di Masjid Al Syakirin, KLCC itu, Aizat bersama kira-kira 60 anak yatim yang didatangkan dari Kampung Melayu Subang dekat sini dan Seremban, Negeri Sembilan.

Aizat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir pada majlis tersebut.
Aizat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir pada majlis tersebut.
Aizat berkata, dia sengaja memilih untuk mengadakan majlis tersebut di masjid adalah kerana ingin mewujudkan perasaan sama rata di antara manusia tanpa mengira darjat dan status.

"Masjid adalah tempat mulia dan kita (manusia) adalah sama di sisi Allah dan saya mahu mencipta suasana dan perasaan itu.

"Sebab itu juga, semua yang hadir akan makan makanan yang sama serta merasai duduk bersila di atas lantai," katanya.

Dalam pada itu, Aizat memberitahu dia berhasrat untuk menjadikan program tersebut sebagai aktiviti tahunan syarikatnya dan berharap perkara itu akan mendapat keberkatan daripada Allah.

sumber- MStar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...