Saturday, September 22, 2012

42 dibunuh sehari di Afrika Selatan

mayat mangsa bunuh

JOHANNESBURG: Empat puluh dua orang dibunuh dalam sehari di Afrika Selatan dan jenayah seks masih tinggi walaupun terdapat sedikit pengurangan.

Menurut statistik yang dikeluarkan semalam, kadar jenayah di negara itu adalah antara keganasan masyarakat paling tinggi di dunia. 

Menteri Polis, Nathi Mthethwa berkata, trend pembunuhan semakin berkurangan sejak berakhirnya aparteid pada 1994 dan pada akhir Mac lalu, bilangannya terus jatuh 27.6 peratus daripada lebih 18,000 kes yang direkod lapan tahun lalu. 

“Kita belum lagi mencapai sasaran tetapi dengan penyertaan daripada semua sektor masyarakat, kita akan berjaya mengurangkan jenayah,” katanya ketika membentangkan statistik jenayah tahunan negara.

Katanya, “Kita mesti memenangi perang ke atas jenayah dalam segala bentuk. Jenayah memberi kesan ke atas semua orang dalam negara ini tidak kira kedudukan, jantina, agama dan warna kulit. Ia adalah musuh kita dan sekiranya kita bersatu-padu kita dapat melawannya.”

Afrika Selatan masih lagi merupakan negara paling bahaya di luar zon konflik di dunia. Kadar pembunuhannya masih tinggi, berada di belakang negara Amerika Selatan, dan yang bergelut memerangi pengedaran dadah. 

Kadar pembunuhan tahunan jatuh 3.1 peratus kepada 15,609 kematian, iaitu kadar purata kira-kira 42 pembunuhan sehari. Kadar jenayah lain termasuk cubaan membunuh, rompakan, serangan serius dan biasa turut menurun. 

sumber- AFP 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...