Saturday, September 22, 2012

AS tutup kedutaan di Indonesia

Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta
BEBERAPA buah kenderaan berperisai diletakkan di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta semalam.
JAKARTA - Amerika Syarikat (AS) menutup kedutaannya di seluruh Indonesia ekoran bantahan berterusan terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Beberapa demonstrasi kecil dan teratur berlangsung di luar Kedutaan AS di sini dan bandar raya Surabaya serta Medan selain di beberapa buah bandar lain di negara itu semalam.

Tiada keganasan dilaporkan berlaku.

Kedutaan AS di sini dan pejabat konsulatnya di Surabaya, Medan dan Bali ditutup semalam.

Turut tidak beroperasi ialah Pejabat AS ke negara-negara ASEAN di Jakarta.

Sebelum ini, bantahan besar-besaran kerap diadakan selepas selesai solat Jumaat di Indonesia yang memiliki penduduk Islam paling ramai di dunia.

Orang Islam di seluruh dunia marah terhadap filem terbitan AS tersebut kerana menghina Nabi Muhammad SAW.

Tunjuk perasaan turut berlaku di luar Kedutaan Perancis berhubung penyiaran kartun Nabi Muhammad SAW di sebuah majalah negara itu.

Beberapa tunjuk perasaan juga diadakan di luar restoran yang mempunyai kaitan dengan AS.

Perancis turut menutup pejabat kedutaan, konsulat dan pusat kebudayaan serta beberapa buah sekolah antarabangsa di 20 buah negara Islam semalam. 

sumber- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...