Saturday, September 22, 2012

Jumpa bom zaman Jepun masih aktif

bom zaman Jepun
Bom yang ditemui masih aktif
SUNGAI SIPUT - Lima pekerja ladang yang sedang sibuk membersihkan semak-samun terkejut apabila menemui sebutir bom lama yang tertanam di Ladang Infoternak, di sini, Rabu lalu.

Seorang pemandu traktor,  K Vethaslam, 56, adalah antara yang terawal melihat kelibat bom lama tersebut.

Menurutnya, ketika itu dia bersama rakannya sedang sibuk membersihkan kawasan kandang kerbau di ladang sebelum terjumpa bom lama itu.

“Kami sempat membeleknya sebelum melaporkannya kepada pengurus ladang yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput pada hari yang sama," katanya kepada Sinar Harian.

Bom lama itu kemudian dimusnahkan oleh sepasukan empat anggota dari Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri kira-kira jam 9.40 pagi semalam tidak jauh dari lokasi bom itu ditemui.

Vethaslam berkata, dia dan beberapa rakan bernasib baik kerana bom lama itu tidak meletup ketika memegangnya.

“Pada mulanya kami sangka ia hanya besi biasa yang tertanam seperti yang pernah ditemui di kawasan itu sebelum ini.

“Bagaimanapun, selepas mengamati, rupa-rupanya ia sebutir bom lama dipercayai tinggalan sewaktu zaman perang dulu,” katanya.

Dia bersama rakan sekerja lain kemudiannya diarahkan pihak ladang supaya tidak meneruskan kerja-kerja pembersihan tanah di kawasan itu sementara pihak berkuasa selesai menjalankan pemantauan rapi bagi mengesan baki bom lama di lokasi sekitar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim mengesahkan ada menerima laporan berhubung penemuan bom tersebut.

Katanya, hasil siasatan mendapati bom lama jenis mortar berukuran panjang 60 milimeter (mm) itu berusia puluhan tahun dipercayai peninggalan zaman Perang Dunia Kedua dan masih aktif dan diletupkan UPB, IPK pagi kelmarin,” katanya.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...