Saturday, September 22, 2012

Koma disuntik Dr Pop

Dr Pop

BANGKOK: ‘Doktor’ kosmetik tanpa lesen, Thanat Natveerakul, 24, yang dikenali sebagai Dr Pop, membuat pengakuan dia menyuntik sejenis bahan pengisi di punggung Athitiya Eiamyai, 33 tahun yang menyebabkan mangsa koma.

Thanat menyerah diri kepada Polis Bahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak, semalam. 

Dia mengaku tidak mempunyai lesen untuk melakukan prosedur itu tetapi berkata pernah bekerja sebagai pembantu di klinik kulit dan diberi tugas untuk membuat suntikan. Selepas mendapat pengalaman, dia meletak jawatan dan mula mencari pelanggan sendiri yang datang kepadanya melalui hebahan mulut ke mulut. 

Katanya, dia membuat suntikan kepada 20 wanita yang kebanyakannya termasuk Athitiya, bekerja sebagai jurujual.

Perkhidmatan yang biasa diberikan termasuk suntikan untuk pemutihan kulit dan suntikan membesarkan saiz punggung pada harga antara 500 dan 1,000 baht (RM50 dan RM100) tetapi dia mengenakan bayaran 40,000 baht (RM4,000) kepada Athitiya kerana dia menggunakan bahan pengisi yang diimport, sebelum ini dilaporkan sebagai kolagen.

Thanat berkata dia menyesal menyebabkan Athitiya koma dan akan membayar kos rawatan perubatannya. Dia turut meminta maaf kepada ibu bapa Athitiya yang berkata mereka tidak menyalahkan Thanat sepenuhnya kerana anak mereka secara sukarela mendapatkan perkhidmatannya. 

sumber- Bangkok Post 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...