Putera Harry |
LONDON - Putera Harry kelihatan tenang sepanjang membuat kemunculan sulungnya pada satu satu majlis am susulan kontroversi melibatkan gambar bogelnya dua minggu laludi Amerika Syarikat (AS).
Harry berucap pada majlis makan malam meraikan pemenang gala tahunan badan kebajikan di sini, semalam.
Ucapan Harry, 27, yang merupakan penaung badan kebajikan WellChild, yang membantu mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik di United Kingdom, secara tidak langsung dilihat berkait dengan kontroversi terbaru yang menimpanya itu.
Harry sebelum itu menyatakan bahawa dia sangat tersentuh dengan cerita-cerita inspirasi daripada pemenang pada majlis itu dan merasa sungguh terharu dengan kesungguhannya yang ditunjukkan mereka.
Harry sempat berkata, “jangan sesekali rasa takut untuk bergerak ke hadapan, saya tidak akan menoleh ke belakang.”
Ketika selesai berucap, Harry kemudiannya ketawa dan semua tetamu dalam majlis itu turut tertawa dengan ucapan Harry yang dianggap ada hubung kait dengan kontroversinya itu.
Sebelum ini, kecoh dengan penyebaran dua keping gambar bogel Harry sedang berparti di sebuah hotel di Las Vegas yang disiarkanoleh laman web gosip popular Amerika Syarikat, TMZ.
Istana Buckingham kemudiannya mengesahkan Harry sebagai lelaki dalam gambar terbabit yang mengikuti rombongan percutian ke Las Vegas.
sumber- Sinar
0 comments:
Post a Comment