Tuesday, September 4, 2012

Pengedar dadah Nigeria miliki hotel

hotel murah kuala lumpur
NOOR RASHID (kiri) menunjukkan beg yang digunakan untuk menyembunyikan dadah pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang perancang sindiket pengedaran dadah antarabangsa warga Nigeria yang diberkas bersama 12 yang lain dikesan mampu hidup mewah selain memiliki sebuah hotel di negaranya.

Lelaki Nigeria berusia 32 tahun itu ditahan bersama seorang wanita tempatan berusia 31 tahun yang dipercayai isterinya di sebuah banglo di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Pasangan tersebut merupakan antara 13 ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang ditahan dalam operasi pada Ogos sehingga Sabtu lalu.

Kesemua 13 yang diberkas terdiri daripada enam warga Nigeria termasuk seorang wanita, lima warga Iran termasuk tiga wanita dan masing-masing seorang wanita Zambia dan wanita tempatan.

Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 38 tahun dan membabitkan rampasan syabu sebanyak 39 kilogram (kg) dan 16.9kg heroin. Nilai rampasan syabu dan heroin tersebut ialah RM8.3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan, lelaki Nigeria itu dipercayai baru enam bulan menjadi perancang utama penyeludupan dadah ke negara ini.

Dadah-dadah dari Dubai dan Kaherah, Mesir dibawa masuk oleh keldai-keldai dadah yang diupah melalui lapangan terbang antarabangsa di negara ini.

“Siasatan mendapati suspek dan wanita tempatan dipercayai isterinya mampu memiliki sebuah hotel di Nigeria.

“Malah suspek terbabit juga dikesan kerap menghantar wang dalam jumlah besar kepada keluarganya di Nigeria,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...