Wednesday, September 5, 2012

Lagenda Pelakon The Gods Must Be Crazy

The Gods Must Be Crazy

Mungkin ramai pernah menonton filem komedi sepanjang zaman iaitu The Gods Must Be Crazy. Namun, siapakah pelakon utamanya? 

N!xau merupakan pelakon utama filem tersebut dan berasal dari puak San yang tinggal di kawasan Gurun Kalahari. Bakat lakonan N!xau mula digilap oleh Jamie Uys iaitu pengarah dan juga pelakon dalam cerita The Gods Must Be Crazy pada tahun 1980. Walaupun filem tersebut mendapat sambutan, N!xau hanya menerima bayaran beberapa ratus dolar sahaja. Sebenarnya, itu adalah titik permulaan dimana N!xau menerima bayaran lebih setengah juta dolar untuk kemunculan seterusnya dalam filem The Gods Must Be Crazy II pada tahun 1989

The Gods Must Be Crazy

N!xau dikatakan menderita penyakit batuk kering sepanjang hayatnya. Pada Julai 2003, pegawai Namibian yang bertugas di kawasan Kalahari di mana terletaknya perkampungan N!xau mengesahkan kematiannya. Punca kematian N!xau tidak dapat dipastikan. N!xau dianggarkan meninggal dunia ketika berusia 59 tahun kerana dia sendiri tidak tahu bilakah tarikh dan tahun dia dilahirkan.

The Gods Must Be Crazy

1 comment:

  1. dulu mmg popular habis cerita ni.siap org cina lagi belakon.xtau la ape nasib die..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...