Thursday, September 13, 2012

Maut dilanggar lori lembu

lori jual lembu korban
Keadaan lori dan motosikal yang terhumban ke dalam longkang selepas kemalangan semalam.
KOTA BHARU- Seorang lelaki warga Myanmar, maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dari arah bertentangan, di jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang itu, menyebabkan mangsa, Nor Muhamad Abdullah, 29, yang menunggang motosikal bersendirian melakukan pusingan U dari arah kiri bahu jalan menghala ke Kota Bharu.

Ketika membuat pusingan U terbabit, sebuah lori dari arah bertentangan, gagal mengelak mangsa sehingga menyebabkan kenderaan terbabit bergesel di motosikal terbabit.

Akibat kemalangan tersebut, lori serta motosikal mangsa, turut terhumban ke dalam longkang dan ternakan lembu di dalam lori turut terlepas.

Ketua Polis Daerah Kota  Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa mengalami kecederaan yang parah akibat kemalangan itu, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lori terbabit juga tidak mengalami sebarang kerosakan yang teruk. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat," katanya.

Azham berkata, kes terbabit disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta (APJ) 1987.

sumber- Sinar

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...